Awal Kehidupan Channing_Tatum

Dilahirkan di Cullman, sebuah bandar kecil di Alabama, beliau merupakan kacukan berdarah Perancis, Ireland dan penduduk asli Amerika. Beliau mengikut keluarganya berpindah ke Mississippi sewaktu berusia enam tahun.

Beliau juga aktif dalam sukan bola sepak, trek, bola keranjang dan seni mempertahankan diri. Sewaktu berada di gred sembilan, beliau mendapat tawaran untuk meneruskan dalam akademik tentera ataupun sekolah swasta dan beliau memilih sekolah swasta iaitu Tampa Catholic High School. Beliau tamat persekolahan pada tahun 1998 dan dipilih sebagai olahragawan. Setelah itu, beliau juga memperoleh biasiswa sukan untuk ke Glenville State College di West Virginia, walaupun beliau mula hilang minat pada sukan dan menolak biasiswa tersebut.